1) Roket Air
Bagi menghasilkan roket ini, bahan yang diperlukan adalah 2 botol air yang bersaiz 2L, pelekat, kapas dan tanah liat. Roket ini salah satu inovasi dalam bidang sains (Fizik) dimana mengaplikasikan hukum Bernouli. Setelah roket ini siap direka, ia perlu diuji terlebih dulu bagi mencapai satu target yang diperlukan. Ianya perlu diuji dengan mencatat dan menganalisa setiap perkara terutama dari segi tekanan, sudut pelancaran, dan bentuk roket itu sendiri. Roket air ini bukti inovasi dalam bidang sains terutama dalam bidang fizik.
2) Rokok Elektronik E-HEALTH
Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser. Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.
Produk terbaru rokok elektronik ini mengunakan atomizer teknologi terbaru. Katrij nya tidak lagi mengunakan kapas/span untuk menyimpan cecair perisa. Cecair perisa dimasukkan terus ke dalam tangki yang terdapat didalam katrij. Katrij tersebut boleh menampung sehingga 12 titik cecair perisa. Tiada lagi rasa kapas terbakar bila kekurangan cecair perisa. Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan. Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap. Di Malaysia, E-cigarette di jual pada harga RM250
3) Ionator (Alat Pembersih Air)
Alat yang berbentuk botol spray ini menggunakan proses ionisasi yang akan mengubah air biasa menjadi air pencuci (air mandian) tanpa bahan kimia yang boleh membunuh 99,9% kuman/ bakteria yang ada di dalamnya.Sebelum menggunakan alat ini, anda perlu masukkan air biasa ke dalam botol dan menarik alat ini ke listrik sehingga proses ionisasi boleh terjadi dan setelah itu anda boleh menggunakannya seperti air pencuci yang lain.
Kerana dijamin tidak ada bahan kimia di dalamnya, air yang ada boleh untuk sesiapa saja samada anak mahupun haiwan peliharaan walaupun air pencuci ini mengenai makanan atau minuman.
Harganya murah, untuk jenis yang biasa seperti Ionator HOM dijual dengan harga US$ 169.
4) Robot Hidro
Prototaip robot ini merupakan separa autonomi laut di mana ia direka untuk memerangkap sampah, semburan bio-pelarut untuk operasi penyingkiran minyak dan untuk mengumpul sampel air di sungai. Rekaan ini direka berasaskan lego-lego ( ego Mindstorms for Education) dan robotik. Robot ini juga dilengkapi dengan kamera untuk ciri-ciri bawah air, sensor ultrasonik dan panel solar yang bertindak sebagai alternatif lain jika kehabisan bateri.
Konsep APB (Basikal Membersihkan Udara) menawarkan penyelesaian mudah dan menarik. Reka bentuknya yang mempunyai penapis udara, yang dipasang di stereng dan boleh mengumpul habuk kecil dan bahan-bahan yang merbahaya. Basikal ini juga mempunyai sistem fotosintesis di mana menggunakan satu tangki air untuk menghasilkan oksigen dan juga mempunyai motor elektrik dan bateri mudah cas untuk tujuan penulenan udara.
6) Basikal elektrik (hidrogen sebagai bahan api)
Basikal elektrik ini dijana oleh kuasa hibrid dimana ianya terdiri daripada sel bahan api hidrogen, bekas pemprosesan yang mengandungi sel katrij dan major produknya adalah haba yang menjana elektrik dan air.Basikal ini dilengkapi dengan bateri Lithium.Bezanya dengan basikal lain adalah engin basikal ini boleh beroperasi walaupun baterinya dah habis dan yang paling utama adalah tanki hidrogennya tidak kehabisan.
7) Ubat Nyamuk Elektronik
E-Coil (ubat nyamuk elektronik) ini menggunakan ultrabunyi dan cahaya untuk menghalau dan menakutkan nyamuk.Jika dibandingkan dengan ubat nyamuk yang tradisional, ianya perlu dibakar untuk mengeluarkan asap yang berbahaya untuk kesihatan.Namun begitu, E-Coil ini menggunakan cahaya LED dan gelombang untuk menghalau nyamuk.Produk ini tidak merbahaya kepada kesihatan.
PlanTree ini direka khas untuk kehiudapan di bandar.Ianya dilengkapi sistem secara menegak dimana membolehkan air mengalir ke setiap ruang untuk tumbuhan tumbuh.Kita juga boleh mengawal keasidan, kelembapan, keamatan cahaya dan tetapan lain untuk mendapatkan hasil yang baik.Reka bentuk ini boleh dilakukan dirumah untuk makanan organik dirumah dimana penggunaan air yang sikit, lebih cekap, menjimatkan masa dan tenaga.
9) Sel Solar Carousel
Tenaga Carousel ini merupakan satu peranti yang unik dimana menggabungkan permainan dan pembelajaran untuk kanak-kanak yang berbeza umur.Ianya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga kinetik yang menggunakan prinsip dinamo.Ianya lebih menjimatkan kerana tidak menggunakan tenaga hidroelektrik.
10) Mercator
Mercator ini merupakan satu kemudahan yang menggunakan gambaran holografik dan nano-teknologi untuk membantu orang ramai menguruskan rutin harian mereka.Ianya berbentuk seperti gelang yang diperbuat daripada logam-nikel hidrid dan bateri yang boleh dicas semula.Ianya bersifat mesra alam.
9) Sel Solar Carousel
Tenaga Carousel ini merupakan satu peranti yang unik dimana menggabungkan permainan dan pembelajaran untuk kanak-kanak yang berbeza umur.Ianya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga kinetik yang menggunakan prinsip dinamo.Ianya lebih menjimatkan kerana tidak menggunakan tenaga hidroelektrik.
10) Mercator
Mercator ini merupakan satu kemudahan yang menggunakan gambaran holografik dan nano-teknologi untuk membantu orang ramai menguruskan rutin harian mereka.Ianya berbentuk seperti gelang yang diperbuat daripada logam-nikel hidrid dan bateri yang boleh dicas semula.Ianya bersifat mesra alam.
Thank you for sharing this information with me about green technology creations
ReplyDelete