Apa itu Teknologi Hijau?

 


Apa yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau? Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Teknologi hijau juga perlu memenuhi beberapa kriteria. Kriteria-kriterianya adalah meminimumkan degrasi kualiti alam sekitar dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GRH) yang rendah ataupun sifar. Produk itu akan selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebik baik untuk semua hidupan.

"Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the company. It provides vast opportunity for government and business to inovate and grow as well as developing new parts of competitiveness. "

Dato Seri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Dicember 2010

Bagi merealisasikan pertumbuhan Teknologi Hijau ini, kerajaan telah memperkenalkan satu dasar iaitu Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) untuk sama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan samada dari segi pencemaran dan juga dari segi penggunaan bahan api. Terdapat empat tunggak utama di dalam DTHN iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Apa signifikannya Teknologi Hijau ini? Teknologi hijau ini membawa banyak faedah dan kebaikan kepada kita semua samada terhadap masyarakat, sektor perindustrian mahupun negara. Pertama sekali, dalam aspek tenaga, dengan adanya teknologi hijau, pihak kerajaan akan merangka dan mencari satu kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan penggunaan tenaga. Sebagai contoh, jika kita ikuti arus pembangunan negara, pengeluaran sumber bahan api di negara kita telah berkurangan dari masa ke masa. Apa yang akan kita gunakan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang-kilang dan juga kenderaan kita jika sumber bahan api sudah tiada? Pastinya segala pekerjaan kita tergendala jika tanpa menggunakan sumber bahan api. Oleh itu, dengan adanya teknologi hijau, kita dapat mencari satu alternatif untuk menggunakan sumber lain (tumbuhan) untuk dijadikan sumber bahan api  di samping dapat mengurangkan penggunaan sumber bahan api dalam kehidupan seharian.




Pada akhir-akhir ini, dapat kita saksikan bahawa kadar pencemaran di dunia samada pencemaran udara, pencemaran air mahupun pencemaran tanah telah berleluasa sehinggakan berlakunya penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan cairnya ais di kawasan kutub lantas menyebabkan paras air laut meningkat. Jika ianya dibiarkan berlarutan, maka makin banyak lagi bencana dan musibah yang akan mendatang. Oleh itu, sebagai langkah awal, seharusnya kita mengaplikasikan tenologi hijau di mana ianya mampu memulihara alam sekitar daripada dicemari. Sebagai contoh, dari aspek pencemaran udara, kilang-kilang yang beroperasi di dunia yang mengeluarkan pelbagai gas-gas berbahaya seperti gas karbon monosikda, gas nitrogen, gas sulfur dioksida dan banyak lagi gas-gas berbahaya yang menjadi punca kepada penipisan lapisan ozon seharusnya menggunakan penapis gas-gas berbahaya di setiap corong asap dan juga menggunakan sumber bahan api tanpa plumbum untuk mengelak daripada gas-gas berbahaya ini daripada terbebas keluar di udara. Oleh itu, penggunaan Teknologi Hijau haruslah ditingkatkan bagi sama-sama membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran di dunia.


Sehingga ke hari ini, telah banyak kajian berkaitan dengan teknologi nano hijau yang melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer (satu miliar meter). Beberapa ilmuwan percaya bahawa penguasaan bidang ini pada masa akan datang akan mengubah cara bagaimana segala sesuatu di dunia ini dibuat. Bidang ini merupakan kombinasi antara kimia hijau dengan industri hijau. Antara contoh produk kini yang berasaskan teknologi hijau adalah :-

1) Produk Nokia "Remade"


2) Produk Samsung "Blue Earth"



3) Produk Sony Ericsson "Green" seperti Hazel, C901 Green Heart


Sumber dari :-
http://generasiku-2010.blogspot.com/2010/08/10-1.html
http://teknologi-hijau.blogspot.com/
http://juitazain.blogspot.com/2012/10/is-about-teknologi-hijau.html

8 comments:

  1. Assalamualaikum alif. Berdasarkan artikel tersebut, isu teknologi hijau memang merupakan satu topik yang menarik untuk dibincangkan lebih-lebih lagi pada zaman yang kian berkembang pesat ini. Pada pendapat saya, pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini amatlah penting dan perlu diperluaskan lagi bagi sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar daripada pencemaran yang makin berleluasa. Bumi ini milik kita bersama, jadi setiap orang adalah bertanggungjawab untuk menjaganya supaya generasi masa hadapan dapat melihat setiap khazanah alam yang terdapat di dalamnya.
    Nor Amira Binti Mohd Hisam A141077

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik sungguh artikel ini ya. Ya, saya bersetuju dengan inisiatif negara untuk mewujudkan teknologi hijau ini. Selain dapat memelihara dan memulihara alam sekitar, kita juga dapat menyelamatkan habitat haiwan-haiwan terpelihara dan mengelakkan pencemaran alam. Sebagai seorang khalifah yang diberi amanah oleh Allah S.W.T kita wajib untuk bersama-sama menjaga alam sekitar kerana semuanya hanyalah pinjaman dari-Nya semata-mata. Diharap teknologi hijau ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya generasi seterusnya berupaya untuk melihat khazanah peninggalan nenek moyang kita.

    Nurul Azani Azman A140092

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tajuk yang menarik sekali saudara Aliff. Seperti yang diketahui semua, bumi kita sedang sakit sekarang akibat pencemaran udara dengan gas-gas yang bahaya seperti CFC yang boleh menipiskan ozon bumi dan penebangan hutan berleluasa yang menyebabkan pemanasan global. Jadi, kita sebagai warga bumi seharusnya berusaha bersama-sama dalam menjaga bumi kesayangan kita. Antaranya, mengurangkan penggunaan kertas, menggunakan kereta hybrid, dan mengurangkan pembakaran sampah dengan mengitar semula.
    Noraisyah Binti Abdul Kadir Jilani A142244

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum. Sebagai seorang pelajar kimia, perkataan teknologi hijau sudah biasa kita dengar. Ianya meliputi pelbagai aspek, seperti menjaga alam sekitar, menjimatkan wang dan masa, mengurangkan pencemaran dan sebagainya. Bagi menjamin masa depan dunia, kita perlulah bersama-sama mempraktikkan amalan dan teknologi hijau dalam kehidupan dan di alam kerjaya kelak. Artikel yang menarik... :)

    A142237 Nabilah Bt Suhaili

    ReplyDelete
  6. Salam Aliff. Dengan keadaan jerebu yang semakin teruk sekarang, teknologi hijau memang sangat perlu dipratikkan dan dipertingkatkan lagi di negara kita. Ianya bukan sahaja akan mengurang pencemaran negara kita, malah ia juga mampu menaikkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin dengan langkah pertama dari kita akan membuatkan orang lain atau negara-negara jiran terpanggil untuk menggunakan teknologi di negara mereka.
    Norasyima Abdul Rahim A142245

    ReplyDelete
  7. Assalamuaikum, teknologi hijau amatlah penting penggunaannya pada hari ini . Teknologi hijau ini dicipta bukanlah hanya untuk mengambil unting semata - mata , tetapi adalah bagi untuk keselematan dari segi kesihatan kepda masyarakat . Sebagai contoh perlepasan gas - gas berbahaya seperti gas Nitrogen hendaklah ditapis dengan pengunaan teknologi hijau ini .

    A141064 ;Muhammad Faizal bin mohamed kassim

    ReplyDelete
  8. Secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.

    Norasyikin binti Abdul Latif A142592

    ReplyDelete